RM10.4 juta bekal air bersih
21 Mei 2012
PASIR PUTEH - Sejumlah RM10.4 juta diperuntukkan oleh kerajaan pusat bagi membekalkan air bersih kepada rakyat Kelantan sepanjang tahun ini.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bantuan tersebut dinikmati oleh lebih 4,639 orang yang dipilih mengikut Parlimen masing-masing.
”Jumlah ini hanya untuk tahun ini dan belum lagi melibatkan tahun-tahun sebelumnya di mana ia dilaksanakan mengikut tiga frasa iaitu pembinaan telaga tiub, penyambungan bekalan ke paip Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), dan penyaluran dari sumber air bukit,” katanya ketika merasmikan Majlis Penyerahan Rasmi Projek Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekitar (BAKAS) di Kampung Nara, di sini, semalam.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah, Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman; Timbalannya, Mohd Rujhan Salleh; Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) Datuk Makhtar Mustapa; Pengarah
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Nordiyanah Hassan dan Pegawai Kesihatan Pasir Puteh, Zawiah Dollah.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, pada 2011 sebanyak RM16.5 juta diperuntukkan bagi memberikan air bersih kepada 7.868 buah rumah di seluruh negeri.
Katanya, jika dibandingkan dengan negeri lain, Kelantan merupakan negeri ketiga selepas Sarawak dan Sabah yang mendapat peruntukkan tertinggi termasuk pinjaman RM600 juta untuk menyelesaikan masalah air di sini.
”Bagaimanapun masalah itu tidak pernah selesai walaupun bantuan sudah diberikan sehinggakan ia menyusahkan rakyat. Ada yang memberitahu kesusahan yang ditanggung oleh rakyat bukan sekadar sukar untuk melakukan rutin harian seperti memasak, mandi tetapi sehingga ke tahap memandikan jenazah dan ia seharusnya tidak berlaku,” katanya.
Beliau berkata, perkara ini tidak akan berlaku dan berulang jika rakyat dapat memberikan peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk memerintah Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) nanti.
Menurutnya, BN akan menyelesaikan semua masalah ini dengan segera dan tidak akan membiarkan rakyat terus dibelenggu masalah.
”Cuba beri peluang kepada kami dan rakyat boleh menilai sendiri selepas ini,” katanya.
.jpg)
.jpg)

Sehingga 15 Januari lalu, Mokhzani dari Kencana Petroleum, disenaraikan dengan kekayaan sebanyak RM1.075 bilion untuk menduduki tangga ke-20 orang terkaya di Malaysia.
Bugatti Veyron itulah jenis kereta dalam gambar diatas, dijual pada harga AS$1.6 juta (RM4.81 juta) seunit belum termasuk cukai, jadi bila ditambah cukai tinggi yang dikenalkan bagi kenderaan import di negara ini, bolehkah anda anggarkan berapa nilai kenderaan ini?.

.jpg)




.jpg)













.jpg)
.jpg)

IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berkata pandangan beliau berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 oleh Sultan Johor hanya pandangan peribadi seorang rakyat biasa..jpg)

.jpg)



.jpg)







.jpg)