bahtera yg hampir karam ..wahai jamal ......tunggu nak pecah saja bahtera umno ...
amy bukan jadi ahli pas atau sokong pas megapa nak putar belitkan fakta....pas menyokong seseorang yg mahu bersama pas...jika dia pilih jadi ahli umno itu hak amy..apa yg pas susah...masih ramai yg sokong pas.contoh ramai yg suka pd pas seperti bob lokman dll...
bob masuk pas bukan kerana nama dan wang tetapi kerana mahu perjuangkan islam dan sampai bila mahu jadi penyanyi sampai tua.....
Ramai Artis Sudah Kembali Ke Fitrah

1. Bob Lokman - bekas pelakon, pelawak, komposer
"Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT"
2. Ustaz akhil hayy - bekas penyanyi rock (80-an) 'D Riyadh'
Namun begitu, takdir Ilahi menentukan Ustaz Akhil akhirnya meninggalkan kehidupan sebagai seorang pemuzik rock. Kini, beliau lebih dikenali dengan lagu-lagu nasyid dan ceramah agama yang disampaikan di seluruh negara. Ustaz Akhil turut diberi gelaran 'Ustaz Rock' kerana penglibatan beliau dalam arena muzik rock suatu ketika dahulu.
3. Megat - bekas penyanyi kumpulan ACAB
"Ana berubah sebab terlalu banyak sangat fitnah dan tohmahan yang ana terima. Macam-macam fitnah sampai kata ana murtadlah, antiagamalah dan macam-macam lagi".
4. Azmeer Mustafa - bekas pelakon filem 'ali setan'
Bekas pelakon ‘Ali Setan’, Haji Mohd Azmil Dato’ Mustapha, bagai tidak percaya bahawa watak nakal dalam filem tersebut telah berubah sama sekali. Berjubah putih, berjanggut, riak wajahnya cukup menggambarkan ketenangan dikecapinya. Berbual dengannya seolah-olah mendengar ceramah, yang kini menjadi rutin hariannya. Ikuti temu bual wartawan Harakah, ANIS NAZRI dengan Azmil, di kediamannya di Shah Alam baru-baru ini.
5. Ustaz Radzi - bekas penyanyi rock 'Melissa'
MELIHAT penampilannya yang kini berserban dan berjubah, siapa sangka beliau adalah bekas vokalis kumpulan rcok terkenal, Melissa dan pernah mempopularkan lagu hit, Cinta Untuk Nabila. Lagu itu begitu popular dan sering menjadi siulan anak muda lebih 15 tahun lalu kerana melodi dan liriknya yang berkesan, apatah lagi vokal penyanyinya yang nyaring dan meruntun hati.
6. Iwan Syahman - bekas penyanyi dangdut
Penyanyi dan bekas komposer lagu-lagu dangdut, Iwan sudah berubah penampilan apabila mula mendekatkan diri dengan agama. Imejnya juga sudah berbeza dari dulu apabila memilih bersarban sebagai imej harian. Semua orang beranggapan Iwan sudah mahu menjauhkan diri daripada muzik
7. Izam - bekas vocalis kumpulan E.Y.E
Kumpulan EYE pernah menempah zaman populariti pada era 1980-an dan 1990-an melalui genre balada (jiwang).EYE telah menghasilkan 5 buah album sebelum ini iaitu Mekar, Satu Nukilan Abadi, Semakin Menjadi-jadi, Lebih Hebat Lagi dan Mahkota Impian. Namun setelah sekian lama menyepi, EYE tampil dengan satu konsep yang berlainan dengan sebelum ini.
No comments:
Post a Comment