Translate

Tuesday, 29 May 2012

Anak syarikat kerajaan Kedah tanggung Puteri Umno ...















ALOR SETAR, 6 Mei: Sebuah anak syarikat kerajaan negeri Kedah, Seri Temin Development Corporation 
(M) Sdn Bhd  (STDC) didakwa telah menymbangkan dana tetap kepada Puteri Umno ketika Kedah 
ditadbir oleh BN sebelum ini.

Ia melibatkan sumbangan dana syarikat milik kerajaan (GLC) itu kepada Pergerakan Puteri Umno Kedah
yang berjumlah RM30,250 bagi tempoh Julai 2003 hingga Februari 2004.

Pendedahan ini dibuat melalui laman blog prokerajaan 'Kedah La Ni' dan turut disebarkan melalui laman sosial
'facebook' penyokong-penyokong kerajaan termasuk Exco Kerajaan Negeri, Dr Ismail Salleh.  Turut disenaraikan 
adalah butiran lengkap sumbangan syarikat kepada sayap Umno itu yang menyalahi matlamat penubuhan 
syarikat dan dikategorikan sebagai perbelanjaan tidak berkepentingan ketika pergerakan 
tersebut diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tiang, Suraya Yaakub (gambar).

Mengikut rekod perbelanjaan syarikat 2003, pergerakan itu menerima sumbangan cek berjumlah RM1,000 
(27 Julai), RM7,000 (5 Ogos) dan RM1,000 (22 Disember). Manakala pada 2004 pula, mereka 
menerima RM7,000 (5 Januari), RM4,250 (24 Februari) dan RM10,000 (25 Februari).

Sidang Dun Kedah baru-baru ini dikejutkan dengan pendedahan penyelewengan dana GLC berjumlah 
hampir RM8 juta oleh pengurusan terdahulu hingga mengakibatkan STDC mengalami kerugian. 
Susulan pendedahan itu Pemuda PAS Alor Setar telah membuat laporan kepada Suruhanjaya 
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 14 April lalu dan menyerahkan dokumen berkaitan 
penyelewengan bagi membantu siasatan.


No comments:

Post a Comment