Translate

Sunday, 1 July 2012

Akibat Rakyat Tidak Di Dahulukan, Projek Bina Lokap Berpusat Indera Mahkota Yang Berharga RM36.9 Juta Itu Akhirnya Terbengkalai

 

hursday, April 8, 2010 

KUANTAN, 8 April [10.30 am] - Apa sudah jadi dengan Projek Kerajaan Barisan Nasionalyang selama ini dibangga-banggakan sangat itu. Gara-gara melanggar pantang dan tidak mahu mendengar rintihan suara rakyat maka akhirnya cadangan projek Membina Lokap Berpusat, Stor Barangan Kes Dan Perumahan PDRM Di Atas Lot No. PT62547 Bandar Indera Mahkota dekat sini menjadi projek "gajah putih". Projek berharga RM36,936.00 juta yang sepatutnya disiapkan pada 15 Mac 2009 itu, kini umpama "hidup segan mati tak mahu" dan terbengkalai sejak sekian lama selepas kontraktor yang sepatutnya menjalankan kerja-kerja terbabit menarik diri. Apa yang lebih menarik, projek yang pernah menimbulkan kontroversi dikalangan penduduk itu tersadai bersama-sama dengan menteri yang beriya-iya mempertahankannya iaitu bekas Ahli Parlimen Kuantan dan Menteri Dalam Negeri BN iaitu Datuk Fu Ah Kiow (MCA). Dek kerana beliau gagal "mendahulukan rakyat", maka dia tertewas ditangan Fuziah Salleh (PKR) dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Inilah yang dikatakan, padah akibat membelakangkan kepentingan rakyat.


Pintu masuk yang bertutup dan sebahagian bangunan yang terbengkalai

Terbukti, jarak tapak projek yang begitu hampir dengan kawasan sekolah
Kini progres kerja projek itu dilihat tiada lagi dan ia kini mengundang masalah pula kepada penduduk terutamanya para pelajar sebuah sekolah berhampiran iaitu Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama(SKIM Utama). Apa tidaknya, pagar zink yang menjadi sempadan projek itu dengan sekolah terbabit kini didapati telah rosak teruk dan membahayakan. Menurut sumber, telah beberapa kali perkara ini dibawa kepada pihak yang berkenaan namun tidak ada sebarang tindakan dilakukan oleh pemaju utama projek terbabit iaitu Pembinaan BLT Sdn Bhd yang beribupejabat di Putrajaya. Malah, difahamkan kontraktor tempatan yang diamanahkan untuk melaksanakan projek tersebut iaituMars Trading & Cons Sdn Bhd. Namun ia ternyata gagal disiapkan akibat beberapa masalah yang berlaku terhadap kontraktor dari Cenderawasih Kuantan itu. Maka itulah akhirnya projek berkenaan tersadai begitu sahaja tanpa ada lagi sebarang kerja pembinaan dilakukan.


Dinding zink yang rosak teruk akibat ditiup angin kini amat berbahaya

Lubang sedalam lebih 10 kaki ini amat berbahaya kepada para pelajar
Tinjauan krew kami ke lokasi tapak baru-baru ini mengesahkan lagi apa yang berlaku sebenarnya. Memang tiada lagi kerja pembinaan dijalankan dan ternyata ia membahayakan para pelajar sekolah berkenaan (SKIM Utama). Pagar zink-zink penghadang dilihat bergelimpangan akibat ditiup angin, malah ada juga yang sudah tercabut terus. Ini amat berbahaya kerana dikhuatiri pelajar sekolah berkenaan menerobos masuk ke tapak projek menerusi zink-zink yang telah tercabut itu. Tambah merunsingkan apabila terdapat lubang yang dalam yang dibina disepanjang dinding lokap terbabit kini bila-bila sahaja menunggu mangsa. Perkara ini telah dibawa kepada pengetahuan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) sekolah terbabit, namun ternyata langkah penyelesaian agak merumitkan bila tidak ada pihak yang mahu bertanggungjawab. Jika sesuatu dilakukan sendiri oleh pihak sekolah, maka mereka juga risau akan dituduh menceroboh ke tapak berkenaan. Pagar zink berkenaan perlu diperbaiki segera demi keselamatan pelajar yang senantiasa memerhatikan ke arah itu. Tambahan pula ia terletak terlalu hampir dengan kawasan sekolah berkenaan. Menurut seorang guru, mereka hanya dapat mengawal pelajar pada waktu sekolah namun tidak mampu menunggu di situ ketika waktu tamat persekolahan. Buat masa ini mereka hanya menempatkan pengawal keselamatan untuk meronda di kawasan itu. Ianya tidak berbaloi kerana pelajar sudah pasti akan mencari kesempatan ketika tiada rondaan untuk bermain di kawasan itu. Walau bagaimana pun, pihak sekolah telah beberapa kali memberi amaran supaya pelajar mereka tidak menceroboh kawasan terbabit. Oleh itu, diharapkan pihak berkenaan dapat melakukan tindakan segera demi keselamatan pelajar dan orang ramai di kawasan itu.


Bukti, syarikat kontraktor yang gagal menyiapkan projek tersebut
[Masih kami ingat rintihan para penduduk termasuk guru-guru Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama (SKIM Utama) yang disiarkan dalam Buletin Utama TV3 berkenaan perkara ini. Ramai yang kecewa projek tersebut diluluskan dikawasan pendidikan, sukan dan kediaman penduduk. Malah, penduduk taman perubahan elit yang terletak beberapa meter dari kawasan terbabit juga amat kecewa dengan tindakan kerajaan itu. Biar pun ia hanya lokap berpusat, namun ia tetap akan meletakkan orang jahat-jahat "banduan" di situ. Bayangkan jika banduan itu terlepas bukankah ia membahayakan orang ramai dan penduduk setempat. Kini terdapat sebuah balai bomba bersebelahan kawasan terbabit. Sesuatu yang cukup aneh, biarpun pemaju Pembinaan BMT Sdn Bhd gagal menyiapkan projek tersebut mengikut jadual, namun mereka mendapat pula banyak tender-tender dibawah Kementerian Dalam Negerisekarang ini. Malah, kontraktor tempatan iaitu Mars Trading & Cons Sdn Bhd juga dilihat mendapat banyak lagi projek kerajaan sedangkan kedua-dua pihak terbabit ternyata bukan kontraktor berwibawa apabila gagal menyiapkan projek lokap berpusat itu mengikul jadual].

No comments:

Post a Comment