Translate

Sunday, 10 June 2012

rakyat sudah nampak bagai mana kebodohan menteri umno bekerja seperti lembu


PTPTN tarik balik sekatan pinjaman siswa Unisel, Kuis


KUALA LUMPUR 8 Jun: Selang beberapa hari sahaja, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang membekukan pinjaman untuk pelajar baru Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) akhirnya menarik semula sekatan itu.


Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said dilapor berkata, kemudahan tersebut ditarik balik kononnya ekoran ketidakmampuan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi pendidikan percuma di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) itu.
“Betul (PTPTN telah membatal sekatan bantuan kewangan). Kerajaan Negeri Selangor dilihat belum berkemampuan untuk memberi pendidikan percuma yang diuar-uarkan mereka sebelum ini,” katanya seperti dilapor media.
PTPTN sebelum ini membekukan pinjaman kepada siswa kedua-dua universiti itu sehingga mencetuskan pelbagai bantahan oleh banyak pihak.
Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilapor berkata, tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat untuk memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang mahu pendidikan di negara ini, termasuk di peringkat tinggi, diberi secara percuma.

Walhal, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semalam mengumumkan Unisel akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar dalam kesukaran meneruskan pengajian.
Aset itu merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang Talam.
Menurutnya, kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai.
“Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN,” kata Khalid.
Mengulas penarikan oleh PTPTN itu, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam tweeternya menyambut baik langkah berkenaan dan berharap Kerajaan Persekutuan dan PTPTN tidak lagi meneruskan tindakan ‘gila’ itu.
“Alhamdulillah…hentikan kegilaan hukum pelajar,” katanya.

No comments:

Post a Comment