Translate

Saturday, 23 June 2012

JKM ABAI TANGUNG JAWAB SEBAGAI PEMBELA ANAK TONG SAMPAH



dalam tempoh 4 tahun (2006-2010) seramai 234,647 anak tak sah @ anak luar nikah dilahirkan di negara ini? Baca berita ankbar berita harian ini...


PUTRAJAYA: Jumlah kelahiran anak tidak sah taraf iaitu bayi hasil hubungan luar nikah, menunjukkan pola meningkat antara 2006 hingga 2010 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 234,647 didaftarkan dalam tempoh itu daripada lebih dua juta kelahiran didaftarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) (Sumber: Berita Harian Online)




CERITA BENAR YG DI CERITAKAN OLEH ANAK TONG SAMPAH YG DI ABAIKAN OLEH PEMERINTAH  DI MALAYSIA (UMNO)  INIKAH YG DI KATAKAN PEMERINTAHAN BERUGAMA ISLAM.....UMNO GAGAL MEMONOPOLI  PERJUANGAN ISLAM...?/dimana pembelaan keatas anak-anak tong sampah selama ini 12% rakyat malaysia adalah anak tong sampah (anak tampa ibubapa)



Nasib ‘anak tong sampah’ - Status warga negara sudah dilulus

PUTRAJAYA: Permohonan mendapatkan status warga negara seorang pemuda mualaf dikenali Khairul yang memegang status ‘anak terbuang’ sejak 23 tahun lalu sudah diluluskan 28 Disember tahun lalu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN), Jainisah Mohd Noor, berkata bahagian warga negara, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah menghantar surat kepada lelaki berkenaan bagi memaklumkan permohonannya sudah diluluskan.

Bagaimanapun, Jainisah tidak menolak kemungkinan pemuda itu gagal dihubungi kerana sudah berpindah menyebabkan dia tidak menerima surat kelulusan berkenaan.

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro, semalam mengenai rintihan seorang anak ‘terbuang’ yang mengalami pelbagai kesukaran akibat memegang kad pengenalan merah, sekali gus menyukarkannya mendapatkan pekerjaan.

Sehubungan itu, Jainisah berkata, Khairul boleh menghubungi bahagian warga negara KDN bagi mendapatkan surat kelulusan berkenaan sebelum hadir ke JPN bagi mengangkat sumpah sebagai warga negara.

“Tidak timbul masalah bagi mendapatkan MyKad kerana permohonannya mendapat status warga negara sudah diluluskan, tetapi dia perlu menghubungi KDN bagi mendapatkan surat kelulusan berkenaan sebelum hadir ke JPN untuk memohon MyKad.

“Apabila dia sudah mengangkat sumpah dan membuat pembayaran dalam jumlah tertentu, dia boleh memohon MyKad dengan serta merta,” katanya.

myMetro


umno bukan menperjuangkan islam tetapi sekadar mencuri hati pegundi  megatakan berjuang  agama islam,.....

No comments:

Post a Comment