Translate

Friday, 29 June 2012

50 TAHUN MERDEKA JELEBU TIADA BAS....PANDAINYA UMNO(BN) MEMERINTAH...!!!!!

50 TAHUN MERDEKA JELEBU TIADA BAS

Setelah negara mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, Jelebu tetap berada dalam keadaan seperti baru mencapai kemerdekaan kerana tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam yang efektif. Malah yang lebih menyedihkan kemerdekaan seperti tidak membawa apa-apa ertinya kepada daerah ini. Apa tidaknya setelah 50 tahun merdeka hanya ada sebuah bas yang beroperasi di daerah Jelebu.



Menurut seorang penduduk tempatan Tuan Haji Ismail Bin Akup masalah pengangkutan bas di Jelebu ini telah berlarutan selama lebih dari setahun. Setiap orang penduduk di Kuala Klawang yang tidak mempunyai kenderaan sendiri sekarang ini mempunyai masalah untuk ke pekan Kuala Klawang mahu pun jika ingin pergi ke Seremban. Mereka terpaksa menunggu sehingga 2 atau 3 jam untuk mendapatkan bas. Pelajar sekolah sekarang ini tiada pilihan lain lagi kecuali terpaksa dihantar ke sekolah oleh ibu-bapa masing-masing. Sekarang ini terdapat 1 buah bas yang berulang alik dari Seremban ke Kuala Klawang dan terus ke pekan Titi. Bas yang sama juga akan balik semula ke Seremban dari Titi dan 1 buah bas lagi akan melalui perjalanan dari Kuala Klawang ke Simpang Pertang. Dahulu terdapat perkhidmatan bas dari Chennah yang juga melalui Sungai Rotan tetapi sekarang perkhidmatan tersebut tiada lagi menurut Haji Ismail.
Menurut Tuan Haji Pilus dari Kg Geylang Pertang pula dahulu terdapat bas masuk ke Kg Geylang untu mengambil penumpang, tetapi semenjak Malaysia telah menjadi negara maju dan perkhidmatan bas hanya sebuah syarikat sahaja yang dibenarkan beroperasi tidak ada lagi pengangkutan bas di Kg Geylang. Dahulu orang Kg Geylang sangat mudah untuk pergi ke Simpang Pertang atau ke Kuala Klawang. Tetapi sekarang sangat susah, malah jika tidak mempunyai kenderaan sendiri tidak dapat ke mana-mana lah mereka, 

No comments:

Post a Comment